Saturday, May 7, 2011

my BFF...my mum...(korang xpernah rasa apa aku rasa)

salam.

da berapa hari aku xhupdate kan.bukan aku sengaja.tapi sekarang memang tengah busy dengan final exam yang tak habis-habis.sekarangg ni pun buku kat sebelah kanan.laptop kat sebelah kiri.so mane satu nak ambik ni.hahaha.dah2.tak boleh nak malas-malas.ni kan melibatkan masa depan.kalau tak belajar betul-betul macam mana nak buat mahligai kayangan hencik yusoff dan permaisurinya.sia-sia kalau aku jadi engineer tapi tak boleh nak mencantikkan rumah sendiri.

dah tak nak melalut sangat.aku taip entry ni sebab satu sebab jer.sebab aku nak wishkan SELAMAT HARI IBU buat ma tersayang @my BFF.

korang ada BFF ataupun BESTFRIEND.???

bagi aku menjadikan mak sendiri sebagai teman baik sangat best.kalau korang nak tahu aku ni sorang je girl dalam adik beradik  aku.aku xpernah rasa kasih sayang dari seorang kakak atau adik perempuan.memang aku ngaku kadang-kadang aku ni kasar sebab hidup aku dikelilingi orang lelaki.even cousins aku pon ramai lelaki.

dan sebab itula ibu atau orang yang aku panggil 'ma' ialah perempuan yang paling rapat dengan aku.dialah orang yang melihat aku membesar dari kecil lagi.kehadiran seorang puteri ni amat bermakna bagi ma.sebab itulah dari kecil lagi aku selalu lebih dari adik beradik yang lain.ma menjahit sendiri baju-baju aku masa kecil.macam-macam fashion ada.buktinya,ada 1 bungkusan kain penuh dengan baju-baju aku masa kecil dulu.kata ma, "sayangla nak bagi baju-baju ni kat orang.apatah lagi nakbuat kain buruk.atleast ade juga kenangan anak-anak bila ma tua nanti".sedih sangat aku dengar time tu.kadang-kadang aku yang merosakkan baju-baju tu.bukan apa.aku jadikan baju baby tu baju teddy bear aku.hehehe.

aku ingat lagi masa kecik dulu.apa yang aku tak pernah kena.tali pinggang,batang paip,hanger semua aku da kena.kalau cubit 2 toksah cakapla.tapi aku tak kisah.walaupun sakit,kesakitan tu la yang mengajar aku erti hidup.erti menghormati orang lain.erti berbuat baik sesama manusia.erti kesusahan.erti berdikari.kadang-kadang aku suka bersama ma.aku ade pembinbing setiap masa.jadi xdela aku buat silap selalu.

tatkala orang lain menyambut hari jadi,dengan kek,dengan macam-macam.aku tak pernah rasa semua tu.masa dulu aku hidup susah,bagi kami kek tu sesuatu benda yang mahal untuk dibeli.cukupla menghadiahkan kucupan mahal beliau di dahiku mengucapkan selamat hari lahir kakak.kalau korang nak taw kat rumah ayah n ma panggil kakak.sebab sorang pompuan kan.gelaran adik dah dirampas oleh adik laki bongsu aku.

paling aku ingat masa aku demam.aku selalu suruh ma buatkan aku "kuih demam".xsilap aku nama dia puteri mandi kot.tapi aku bantai je kuih demam.yela.masa tu kecik lagi.mana tau.ada satu hari tu kan ma kau keluar bandar.lepas tu dia balik belikan aku patung barbie.tapi bukan jenama barbie la.happy gila masa tu.demam terus hilang.mungkin dia kesiankan aku yang tak pernah rasa nak main anak patung macam anak orang lain.

dengan berbekal duit 50 sen aku pergi sekolah.dala jalan kaki.beg berat.aku tak pernah merungut.kadang-kadang ayah bawak hantar naik motor.tapi biasala.moto tua.kadang hidup kadang tak.kalau xhidup jalan kaki jawabnya.sekolah boleh tahan jauh.tapi aku dah biasa.kadang-kadang terlambat pergi kelas.cikgu selalu puji aku.pelik kan.datang lambat tapi kena puji.sebab apa.aku xpernah xdatang kelas even lambat.berapa taun aku dapat sijil kedatangan penuh.hehe.tapi aku bersyukur.parents aku xpernah hantar pergi tuisyen.xpernah upah cikgu.xpernah belikan aku buku rujukan sebab susah.tapi aku masih berjaya dapat 5A UPSR dan berjaya masuk ke ASRAMA PENUH.Alhamdulillah.

aku ingat lagi.untuk tambah pendapatan keluarga,ayah aku terpaksa kerja di KUALA LUMPUR sebagai PAKGUARD.berapa bulan ayah aku xbalik.kadang-kadang pos duit.kadang-kadang tak.mungkin ayah aku pon bersusah payah di sana.Ada satu kali tu,ayah xposkan duit.ma lansung takde duit.beras da tinggal sikit.aku paling ingat aku dan adik lapar.ma masak nasik.kitorang hanya makan nasik dan garam jer.Ya Allah!peritnya masa tu.aku nampak ma menangis.tapi aku dan adik tak pernah mengeluh.kitorang makan jer apa yang ada di tangan ma.itu kan rezeki ALLAH.

Di sekolah asrama,aku xpernah rasa macam orang lain.ma aku hantar dan ambik je selama 5 tahun aku di KEDAH.yela.kos nak pergi sana pon sangat mahal.macam mana nak pergi.aku xpernah dapat duit belanja macam kawan2 yang lain.nasib dapat duit biasiswa.itulah yang menjadi bekalan aku.meggi itulah santapan aku kalau da lapar sangat.masa tu nak beli KFC pon mahal sangat rasa.sehinggalah aku berjaya dalam PMR dan SPM dan seterusnya ke MATRIKULASI.sungguh banyak jasamu IBU.berpayah jerih mencari rezeki menoreh di ladang orang untuk menghantar aku ke menara gading.dan kini sehingga aku ke UNIVERSITI.masih banyak jasamu IBU dan AYAH.Alhamdulillah.hidup kami makin senang.abang sudah bekerja.AYAH mengusahakan sendiri ladang sawit.da MA mengusahakan kedai makan bersama MAK LONG.ALHAMDULILLAH atas rezeki ini.walupun dulu kami hidup susah.

sungguh banyak pengorbanan IBU.sampai aku rasa nak cerita semua kat sini pun dah panjang sangat."Terima Kasih MA"love you so much.sampai sekarang aku masih rasa kasih sayang ma.kalau aku balik cuti masa tidur mesti aku rasa ada orang peluk aku cium pipi aku.aku tau itu ma.sampai aku besar,xpernah kurang kasih sayang ma.ade masa kau umur 11 tahun,ma belikan aku patung POOH.masa tu da tidur.bangun pagi ade patung.sukela aku.yang paling aku sensitif sekali masa kat sekolah.aku selalu tepon nangis2.nak balik.ma mamang xleh dengar aku nangis.ma pon nangis jugak.2 yang aku xsuka.sebab tu sampai sekarang aku  xpernah nangis depan ma.sebab aku xnak ma mengalirkan air mata sebab aku.cukuplah air mata ma mengalir di saat menanggung kesakitan saat melahirkan aku dulu.sekian



sekarang ma da pandai cakap love u..mmuah2 lepas kol aku.hehe.mana ma belajar tah.hahaha



SUKE ANGKAT IBU JARI!! ^______^

Thursday, May 5, 2011

sedih

salam..
dear blog..
maap..maap..maap...
a lot of sorry sebab xdapat nak hupdate.
bizi exam plus demam plus selsema yang teruk.
t da ok saya akan hupdate selalu yer.
papai.


SUKE ANGKAT IBU JARI!! ^______^

Sunday, May 1, 2011

good luck kawan2...

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
salam.

korang tengah buat ape tu???study ke???especially untuk kawan-kawan yang sedang menghadapi peperiksaan akhir aku nak ucapkan good luck kat korang.aku rasa mungkin tak terlambat lagi kot nak wish good luck.walaupun ada kawan aku yang dah habis pon final and bersenang lenang dah kat rumah sekarang.macam aku,2 paper da lepas.hubungan etnik dan construction engineering.tinggal lagi empat paper lagi.lepas tu boleh balik rumah berjimba sesuka ati tak tentu hala.

kalau ikutkan hati memang banyak plan nak buat cuti ni.tapi aku takut macam hangat-hangat taik kambing jer.same macam cuti sem yang lepas-lepas.hampeh.satu hape tak jadi.makin membesarkan perut and habis duit adelah.hahaha.

dah malas nak cakap panjang-panjang sangat.nanti korang bosan pulak kan.papepon buatlah yang terbaik untuk masa depan anda.jangan nak bermuka buku,berblogging sane sini tapi pelajaran entah kemana yer adik.renung-renungkan dan selamat beramal.

p/s:cara mudah nak study sila ke link nie....link.lepas tuh sila lihat pesanan di bawah selepas klik link...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
hahaha...xde benda yang mudah kat dunia nie kalo nak berjaya.korang carila kat google tu sampai dapat..
yang penting azam dan iktikad yang kuat untuk berjaya..korang pasti boleh..sori..gurau jer..:)





SUKE ANGKAT IBU JARI!! ^______^