Monday, April 3, 2017

Setelah setahun tak menulis

Assalamualaikum.

Allah. Setahun tinggal blog. Rindunya nak menulis balik. Yela. Kadang-kadang bila menulis ni ibarat kita bercakap dengan seseorang kan. Rasa lega bila segalanya diluahkan dengan penulisan. Tak sangka dah setahun. Macam-macam yang berlaku. Mungkin medium blog ni dah tak berapa trending. Tapi menulis sebenarnya satu terapi. Takkan nak pergi meroyan sorang-sorang dekat Facebook. Tak ada orang nak layan. Hehe.

20 Februari 2017.

Lahirnya seorang amanah Allah dan seorang khalifah di muka bumi yang bernama Afeef Miqdaam. Yang Suci. Yang Berani. Sesuci cinta Ummi dan Walid. Semoga dirimu berani dan kuat menghadapi pelbagai dugaan yang mendatang.Amanah yang tidak disangka-sangka di saat Ummi belum bersedia membina kembali kekuatan. Namun, hadirmu memecah kesunyian malam, memberi sinar bahagia di mata Ummi dan Walid.Tak lupa abang Anas yang paling happy. Setiap hari akan cium dirimu tanpa jemu. Semoga membesar menjadi anak yang soleh ye sayang.

2017 juga mengubah pandangan Ummi pada kehidupan. Kehidupan yang dulu selalu Ummi angan-angankan. Tapi hakikat sebenarnya tidak semudah yang diangankan. Boleh jadi lebih sukar dari yang dibayangkan.

Masa sekolah menengah, bila ditanya cita-cita Ummi mahu jadi apa. Dengan bangga Ummi jawab. "Saya nak jadi engineer cikgu."Ya. Memang Ummi lepas sekolah masuk Matrikulasi. Kemudian masuk universiti belajar dalam jurusan Kejuruteraan Awam, Dah nampak rentak disitu. Sambung pula Master. Tapi hakikatnya bukan itu yang Ummi mahukan. Bukan tak bersyukur. Tapi Ummi tak bahagia. Ummi jadi memberontak bila cita-cita Ummi tersadai. Bukan Ummi salahkan Walid sebab nak kahwin awal. Ummi bahagia. Bukan Ummi salahkan Walid sebab dia beria nak duduk di Batu Pahat. Ummi tahu peluang Ummi kerja semakin nipis jika pindah ke Batu Pahat. Bukan salahkan Walid juga sebab terpaksa ikut pindah sana sini sampai kena extend belajar. Ummi tak pernah salahkan Walid. Cuma Ummi rasa Ummi perlu mula buat sesuatu yang Ummi suka tanpa kisah pandangan masyarakat.

Im happy as a.full time housewife. Dan a working at home Ummi now. Sambil uruskan keluarga,sambil jaga anak dan sambil cari pendapatan. Ambil masa nak berkembang. Macam Ummi awal-awal daftar sebagai agen dengan 5 botol serum sahaja. Dan sekarang Ummi dah upgrade sebagai stokis Elysian Beauty dengan sale hampir 10K sebulan tak sampai setahun sebagai stokis.

Orang tak nampak susah payah Ummi. Orang nampak kerja makn gaji bagus. Duit banyak. Lebih bergaya. Kereta besar. Sedih. Sedih dengan mentaliti kelas ke 10 masyarakat. Kalau kerja makan gaji gaji 2K. Bayar pengasuh, minyak kereta, itu ini. End up duit hampir negatif. Tu bagus ke? Duduk rumah bines online pon boleh dapat 2K. Anak pon tak terabai. Yang mana lebih membahagiakan? Yang kereta besar, rumah besar baju jenama KLCC ke? Buat apa kerja kalau saving RM50 pon tak mampu letak tepi. Memang. Orang pandang luaran. Hakikatnya masyarakat memang macam tu. Lagi suka ambil tahu hal orang dari jaga hal tepi kain sendiri. Bila susah nak ke  hutang sana sini. Terima kasih atas nasihat lapuk tu.Kalau tak diuji kesabaran ni, mungkin Ummi dah buat keputusan yang silap.

Kesimpulan. Allah dah rancang yang terbaik untuk HambaNya. Kita hanya mampu merancang. Allah jua yang menentukan. Jadi jangan persoalkan itu ini, begitu begini. Enough.

Belanja gambo adikla satu. Sama tak macam abang kecik-kecik?




SUKE ANGKAT IBU JARI!! ^______^