Saturday, February 16, 2013

Alhamdulillah

Alhamdulillah Ya Allah masih diberi peluang untuk bernafas dan beribadah kepadaMu....
Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk hidup bahagia bersama Ayah,Ma dan family tercinta..
Alhamdulillah untuk sahabat yang sentiasa memberi sokongan..
Alhamdulillah dihadiahkan seorang bakal imam..Insha Allah hari bahagia pasti datang.Amin..
Alhamdulillah diberi akal dan fikiran yang sihat dalam meniti kejayaan dalam pelajaran..
Semoga sem ini lebih baik dari sebelumnya..Amin:P


SUKE ANGKAT IBU JARI!! ^______^

Friday, February 15, 2013

perubahan

Assalamualaikum:P
Perubahan.
Bila bercakap mengenai perubahan semestinya kita membayangkan perubahan ke arah yang lebih baik.Ye dak!Alhamdulillah.Perubahan itu menjengah aku.Biarlah apa yang orang lain ingin katakan. Selagi mereka masih boleh berkata-kata biarlah.Bila letih terduduk berhentilah mereka berkata-kata.Alhamdulillah aku menjadi aku yang sekarang.Hati juga bertambah tenang.Jauh dilubuk hati bukan dunia ini yang aku cari. Akhirat sana lebih penting.Namun jika tiada kesabaran di diri, mungkin hati ini boleh terpesong jua. Kesabaran itu penting.Begitu juga dengan istiqamah.Perlulah seiring agar perubahan itu kekal.InsyaAllah!Hingga akhir hayat.Aku penat dengan dunia.Penuh tipu daya.Penuh cabaran.Tapi hati ini perlu sabar dan cekal.Semoga ketenangan yang abadi ku perolehi.Alhamdulillah Ya Allah!Terima kasih pada yang menyokong.Terima kasih semua.Terima kasih awak.Walaupun aku lahir dalam keluarga yang biasa-biasa sahaja.Aku mendoakan mereka juga beroleh ketenangan seperti aku.Beroleh jalan yang lurus itu.Itu doaku.Agar keluargaku bahagia di dunia dan akhirat.Biarpun lidah ini tidak mampu berkata-kata.Biarlah hati berbicara.Sekurangnya Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.Cuma satu doaku.
"Ya Allah!Janganlah Kau pesongkan hati ini setelah Kau beri hidayah kepadaku.Tunjukkanlah hambaMu ini jalan yang lurus.Tetapkanlah imanku.Jadikan aku wanita yang solehah.Anak yang taat.Seusngguhnya Kaulah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

SUKE ANGKAT IBU JARI!! ^______^