Sunday, January 8, 2023

WELCOME 2023

 Selamat datang 2023.

Tetiba teringat kan kewujudan blog aku yang dah bersawang ni.Yeah mungkin azam tahun baru ni aku kena tambahkan list untuk lebih rajin lagi menulis.

Kadang aku suka bercakap Ada masa aku rasa bercakap tu guna energy aku yang sangat banyak. Aku enjoy menulis. Aku dapat luahkan apa aku rasa tanpa bermuka muka. Tanpa memakai topeng lain yang asyik bertukar mengikut macan mana layanan orang kat aku.

Lagipon blog aku yang baru ni tak ramai orang pon so aku bebas nak menulis kat sini. Azam tahun baru aku jugak nak bagi manfaat kat ramai orang lagi. Aku akan share tips nak turunkan berat badan cara aku tanpa supplemen. Korang boleh cuba. Aku dah berjaya dan it needs work hard bebehh.

But tahun ni aku nak cuba experiment turunkan berat dengan guna supplemen pulak but dijamin selamat. Aku nak semua orang ada kesedaran nak kuruskan berat badan. Aku naksemua orang happy. Senang nak ibadah. Senang nak uruskan rumahtangg. Tak mengah. Tak sakit. Itu janji aku.

Herewe go. Chaiyok Kakyu.




SUKE ANGKAT IBU JARI!! ^______^

Monday, September 28, 2020

SABAR ITU INDAH

Sabar itu indah.

Bila kau hanya mampu tersenyum. Tapi jauh disudut hatimu kau menangis tanpa suara.Terkadang rasa ingin teriak. Tapi lidah terasa kelu.

Bukan salah orang sekelilingmu. Bukan salahnya takdir. Tiada salah sesiapa. Cuma terkadang lupa untuk bersyukur.

Bilamana mereka membilang harta. Kau membilang baki yang ada. Bilamana mereka membilang dunia. Kau membilang berapa banyak masa yang masih ada. 

Sepatutnya aku perlu takut. Berapa timbangan yang tinggal di sana. Mampu atau tidak menjadi insan terpilih dari yang terpilih. Kerana hakikatnya sabar itu indah. 

Sabar itu pemberat dan pembantumu di SANA. Bersabarlah wahai hati😊



SUKE ANGKAT IBU JARI!! ^______^