Wednesday, July 9, 2014

majlis di Jengka (7 Jun 2014)

Assalamualaikum.
Dah lama biarkan blog bersawang. Macam nak buat satu transformasi kat blog ni. Layout and design blog macam kanak-kanak ribena sangat. Bukan ade orang pon nak baca tapi kalau dah nyanyuk nanti bolehla ingat balik nostalgia lama-lama kat blog ni kan. Majlis pon dah lama. Ni bukan setakat tertinggal bas, dah tertinggal kereta api Harry Potter dah ni.

Tak banyak gambar time majlis kat Jengka. Nie pon ambil dari orang lain punya. Sebabnya full album OP tak bagi lagi. Tak tahula bila siap. Hope cepatla siap yer. Tak sabar nak tengok gambar.

Alhamdulillah.Majlis berjalan dengan lancar dan meriahnya.Walaupun dalam majlis yang bersederhana and totally DIY sendiri dengan adanya pertolongan sanak saudara, akhirnya sempurna juga majlis kat Jengka. Bertambah meriah bila majlis ni berjalan sekali dengan majlis sambut menantu abang saya yang kedua. Cipta rekod kawan- kawan dah datang tapi saya si pengantin tak siap lagi sebab sibuk makeup kakak ipar. But the feelings sangat-sangat best sebabnya tanpa gangguan orang luar. Kitorang pengantin sibuk-sibuk dalam satu bilik siapkan diri sesama sendiri and the bonding between sister and sister in law is awesome.Biarlah orang nak cakap ape pon kan.Here is the pictures. 






Alhamdulillah Ya Allah.Nanti kalau ada gambar lagi bolehla tempek-tempek kat blog ni kan.Banyak benda nak diceritakan especially untuk pengantin-pengantin or B2B yang nak bajet tu actually memang boleh sangat nak berjimat dalam wedding korang.Duit hantaran yang diberi tu tak payah korang habiskan dan membazir. Sepanjang majlis cuma guna duit elaun yang xseberapa ni but Alhamdulillah.Cukup.Next time saya bagi tips k:P

SUKE ANGKAT IBU JARI!! ^______^