Monday, September 28, 2020

SABAR ITU INDAH

Sabar itu indah.

Bila kau hanya mampu tersenyum. Tapi jauh disudut hatimu kau menangis tanpa suara.Terkadang rasa ingin teriak. Tapi lidah terasa kelu.

Bukan salah orang sekelilingmu. Bukan salahnya takdir. Tiada salah sesiapa. Cuma terkadang lupa untuk bersyukur.

Bilamana mereka membilang harta. Kau membilang baki yang ada. Bilamana mereka membilang dunia. Kau membilang berapa banyak masa yang masih ada. 

Sepatutnya aku perlu takut. Berapa timbangan yang tinggal di sana. Mampu atau tidak menjadi insan terpilih dari yang terpilih. Kerana hakikatnya sabar itu indah. 

Sabar itu pemberat dan pembantumu di SANA. Bersabarlah wahai hati😊



SUKE ANGKAT IBU JARI!! ^______^

No comments: