Sunday, June 19, 2011

Cinta yang macam mane korang pilih?

salam.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

pekabo korang semua.tiba-tiba hari ni macam ade mood nak menaip pulak kan.aku bukan ape.just nak kongsi dengan korang apa yang aku rasa.apa pendapat aku tentang cinta.kalau korang xsetuju ke apa ke xkisahla.sebab ni pandangan aku sendiri yang dah banyak makan garam dalam bercinta.

penting sangat ke bercinta tu korang rasa???setiap insan kat dunia ni Allah cipta berpasang-pasangan.setiap orang ada perasaan cinta di lubuk sanubari masing-masing.tapi xsemua orang paham maksud cinta yang sebenar.bila rasa cinta terhadap manusia mendapat tempat pertama berbanding cinta Illahi,jangan salahkan takdir bila ada saja benda yang tak kena berlaku dalam hubungan kita.

yang aku maksudkan kat sini bila kita terlalu mengagungkan cinta itu sendiri lebih dari kita merendahkan diri kita kepada Allah.sebagai contoh sampai ada yang sanggup xmakan,xtido kerana cinta.sampai ada yang sanggup bunuh diri kerana cinta.apa semua ni???dimana korang letakkan akal yang bijak dek semata-mata kerana cinta duniawi???

kerana cinta juga kita lupa asal usul kita.pikir balik apa tujuan Allah ciptakan kita di dunia ini selain mengabdikan diri kepadaNya.xsalah bila ada rasa cinta.memang xsalah.tapi biarlah bercinta di atas landasannya.jangan sampai tersasar jauh sehingga mengorbankan harga diri yang xmampu dibayar dengan wang ringgit.

aku bukan nak cakap kat sesiapa.aku sendiri khilaf  dan tak sempurna.sebab aku juga manusia biasa yang xpernah lari dari membuat dosa.xpernah lari dari rasa cinta.tapi usia mematangkan kita.akal yang bijak masih mampu membezakan dosa dan pahala.iman yang sedikit ini masih mampu  melawan segala godaan.dan akhir sekali keinsafan dalam diri masih wujud tatkala menangisi kesilapan yang lalu selesai sahaja sujud kepadaNya.

bagi aku cinta ini sangat indah.makin indah bila cinta itu berlandaskan agama.bukan nafsu semata-mata .bukan kerana trend.bukan kerana mengikut orang lain.bukan meniru aksi drama di tv.biarlah kita berjauhan asalkan hati kita sentiasa dekat.bukan semata-mata cinta plastik yang xkan kekal lama.biarla cinta suci yang kekal sehingga di akhirat sana.

buat awak yang tersayang,terima kasih kerana memahami perubahan saya.terima kasih kerana memahami hati saya.terima kasih kerana menyayangi saya sejujurnya.terima kasih kerana menjaga saya dengan baik.walaupun lepas ni kita dah takkan macam dulu lagi,ingatlah awak sentiasa di hati saya.saya menunggu masa dimana kita akan bersatu.bersatu bila awak hantar rombongan meminang kat saya.masa tu sayalah orang paling bahagia sebab dapat kenal orang macam awak.terima kasih awak atas segalanya.:)

semoga jodoh kita berkekalan.aminn...

SUKE ANGKAT IBU JARI!! ^______^

8 comments:

B33HA B3n said...

amin....

amirahsamat said...

aku setuju dgn ko mas.
niat tak membenarkan cara.
orang meletakkan halal atau haram couple,aku pun x pasti mane yang betul.
kite sendiri patut tau kite dalam golongan yang mane.
semoga ko terus istiqamah. :))

Nur Yana said...

amin.. welcome to the club si cantik!! as paham sbb setahun lepas as juga berada di situasi yang sama.. usia dan pengalaman mematangkan kita. kita merancang dan pada masa yg sama tuhan juga merancang, tapi perancangan tuhan untuk kita itu jualah yg terbaik. chhaiyok2!! xkan lari gunng dikejar.. dah tertulis kat luh mahfuz sana siapa jodoh kita. kalau dia, cepat or lambat, pengakhirannya mesti dgn dia jugak kan kan.. leave ur life dear!! (+________+)

ayuyusoff said...

beeha:thanx..amin...

ayuyusoff said...

mashi:thanx mashi..harap aku akan istiqamah dan berada di landasan yang betul..

ayuyusoff said...

as:thanx dear..mas memang perlukan sapot dari kawan2 mas..thanx taw..

syahira ariff said...

nk share boleh?

Azeelia Azman said...

yakinlh dgn keajaiban kuasa Allah.perempuan yg baek, utk lelaki yg baek manakala lelaki yg baek utk perempuan yg baek.begitu jugakk sebalik nyer.semoga kita semua berusaha utk menuju kearah kebaikan agar jodoh kita kelak mampu membimbing kita ke jalan yg diredhai.

moga bahagia selalu. folo sini :)