Sunday, December 4, 2011

Hidup xselalunya indah...masih adakah kebahagiaan buat aku?

Assalamualaikum..
dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang

Setelah berkurun-kurun aku tak buat entry..
sekadar menjadi stalker blog orang lain..
tapi hari ini aku rasa macam ada yang tak kene..
macam ada yang tak tenang...
dan aku tak tahu nak luahkan dekat sapa..
hati rasa sayu dan macam dihiris-hiris..
aku tak tahu kenapa..
sering saja aku merasakan hidup aku xsebaik orang lain..
xsebahagia orang lain..
buat aku hilang rasa syukur atas nikmat Allah yang berlipat ganda diberi kepada aku saban hari..
apa lagi yang aku mahukan dalam hidup...
aku mempunyai kedua ibu bapa yag masih sayangkan aku...
aku masih ade adik beradik yang masih sayangkan aku..
teringat pulak adik cakap nak masukkan duit dekat aku..
gaji pertama katakan...
aku rasa macam loser pulak..
sem ni memang aku papa kedana sangat sebab duit terpaksa guna untuk hal lain..
tapi aku masih bersyukur sebab aku masih boleh makan..
itupun berbekalkan 200 sebulan yang mak aku bagi...
itulah duit makan..walaupun hanya roti..
itulah duit minyak moto..
itula duit nak beli colgate yang dah habis..
aku sepatutnya bersyukur..
ada yang lagi susah daripada aku...
aku masih mampu tersenyum...
walaupon aku xsekayer orang lain..
xboleh beli apa yang aku nak..
aku masih boleh teruskan hidup aku tanpa menyusahkan orang lain..
tiba2 aku rasa loser lagi..
kenapa aku xboleh jadi seperti orang lain yang sekali belajar terus melekap kat otak..
sedangkan aku terpaksa baca beribu kali tapi masih susah nak ingat...
ini bukan zaman UPSR yang kau boleh dapat 5a..
bukan zaman PMR yang kau boleh dapat 8a...
betollah kate orang...
hidup ni ibarat roda..
kadang2 kat atas..
kadang2 kat bawah..
aku hanya berdoa aku boleh kekalkan pencapaian aku sekarang..
walaupun hanya sederhana..
aku bersyukur..sedangkan ramai lagi yang mengimpikan kejayaan dalam hidup dorang..
tapi masih belum berjaya walaupon sudah berusaha keras..
aku masih juga terasa loser..
sedangkan orang lain ada insan yang boleh ceritakan masalah..
aku xnafikan aku ada dia..
tapi manakan sama hati seorang perempuan dengan lelaki..
aku jadi sedih bila kawan yang aku sayang jauh dengan aku...
hanya bercerita di telefon atau intenet...
aku mahukan seorang yang boleh aku pinjam bahunya bila aku menangis...
tapi aku bersyukur...
aku masih ada si dia yang boleh bwak aku naik kereta tanpa tujuan sehingga aku berhenti menangis ketika
aku dilanda masalah...dan dia sudi mendengar..
si dia yang ada untuk hulurkan bantuan semasa sahabatku jauh...
ingatlah...
lagi sayang Allah dekat kita lagi bnyak dugaan yang kita dapat..
Setiap yang berlaku ada hikmahnya...
Ya Allah..berikanlah aku ketenangan..

SUKE ANGKAT IBU JARI!! ^______^

No comments: